TIPS LULUS INTERVIEW?
Sebelum saya share soalan dan jawapan yang saya bagi semasa temuduga PTD, dengan rendah dirinya saya peringatkan beberapa peraturan hukum adab yang perlu kita ingat :
1) HUMBLE
2) HUMBLE
3) HUMBLE
Sebab saya nak menyeru memperingatkan diri saya dan lain, supaya sentiasa perbaiki diri kita terlebih dahulu sebelum nak buat persediaan teknikal , spiritual dan lainnya.
Apapun kita nak buat, biar kita rasa kita kosong, tak pandai, lemah. Bukan rendah diri sehingga mematahkan semangat tak buat apa, tawakal dengan kosong.
1) HUMBLE
2) HUMBLE
3) HUMBLE
Sebab saya nak menyeru memperingatkan diri saya dan lain, supaya sentiasa perbaiki diri kita terlebih dahulu sebelum nak buat persediaan teknikal , spiritual dan lainnya.
Apapun kita nak buat, biar kita rasa kita kosong, tak pandai, lemah. Bukan rendah diri sehingga mematahkan semangat tak buat apa, tawakal dengan kosong.
~Kawan saya pernah cakap dia tak reti baiki kereta. Walaupun dia sebenarnya seorang pensyarah automatif, dia dapat buka bengkel dengan bertanya dengan orang dan pura-pura bodoh. Dia kata kalau dia kata dia dah tahu, orang takkan share sebab dah rasa dia pandai. Baik dia kata dia tak pandai baru orang share semua dan mungkin ada ilmu yang dia tak dapat sebelum ni.
BERALIH KE SOALAN DAN JAWAPAN IV PTD SAYA
Antara soalan saya ingat dan jawapan yang saya mampu ingat:
1) Perkenalkan diri awak
J : Assalamualaikum w.b.t. Nama diberi Nor Jaiemah binti Sapuan. Berumur 26 tahun. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah). Sekarang berkhidmat sebagai guru taska di Little Sufi Childcare Centre di Shah Alam.
2) Minat jadi lecturer?
J : Minat. *panel tanya skala berapa. Saya bagi 7.
3) Apa sumbangan kos yang awak belajar dengan PTD?
J : Biasanya kalau kita cakap pasal Pengajian Islam, kebanyakkan antara kita fikir bahasa Arab, tadah kitab, turath dan tasmik al Quran.Tapi sedangkan kami ada belajar tentang subjek Administration of Islamic Law, Malaysian Legal System. Walaupun subjek politik kami belajar dalam bahasa arab yakni Siasah Shari'yyah tapi kandungan content dalam subjek ni mengajar mendidik kami untuk menghormati pemimpin dan menjadi warganegara yang baik bagi kelancaran pentadbiran sesebuah negara. Apatah Malaysia yang terdiri pelbagai kaum. Kami ada fiqh awlawiyat yakni fiqh keutamaan untuk menilai sesuatu sebelum melaksanakan dasar atau hukum.
3) Awak ni lembut. Memang selalu kena marah dengan bos ea?
J : Tak adalah. Dulu memang saya selalu kena marah nak masa mula kerja cashier sebelum sambung belajar. Jadi saya dah biasa dan belajar dari kerja tu, tak ada masalah bagi saya.
4) Kalau kena marah, awak buat apa?
J : Saya diam, mintak maaf dan senyum.
5) Walaupun bukan salah awak?
J : Ye, saya tetap akan minta maaf jugak. Yang saya tahu, kalau orang tengah marah kita kena jadi air, salah sorang kena jadi air. Sebab berdasarkan kursus profesionalisme yang pernah saya hadiri, cukup dengan kata: "Maaf tuan/puan. Saya faham apa yang tuan puan cakap. Saya minta maaf".
6) Kenapa perlu pilih anda. Apa lebihnya anda berbanding beribu kat luar sana?
J : Secara moralnya, jika saya dipilih ini sebagai satu imbal budi bagi pihak JPA yang telah menaja saya belajar. Sebelum ni saya kerja cashier , pembantu tuisyen dan niaga air untuk cari duit belajar.
Kemudian saya jawab, kekuatan saya pada bahasa Arab dan English. Apa yang saya dah buat dengan ni, saya tolong pensyarah dalam research sebagai penulis transkripsi dalam geran FRGS.
Sebab ketiga, saya jawab saya tak berani cerita yang lebih-lebih tapi kalau Dato', Puan nak cari orang yang boleh dibentuk, saya In shaa Allah sedia belajar dan dibentuk sebab saya punya kekuatan mental dari pelbagai kerja yang saya buat sebelum ni. Keupayaan untuk belajar dan bekerja itu saya ada.
7)Apa pendapat awak tentang graduan menganggur?
J : Seperti yang kita maklum, kadar pengangguran .....(bagi statik,rujukan,tarikh). Justeru pada pendapat saya, golongan muda tidak boleh terlalu memilih kerja dan duduk menunggu peluang yang datang kerana pasaran atau kuota bagi sesuatu jawatan adalah terhad malah melebihi gandaan nisbah graduan yang ada. Ambil saja peluang untuk asah kemahiran dan pengalaman.
Saya percaya faham mesti ada orang pertikaikan mana cukup gaji kalau kerja yang tak selayak dengan sijil kelayakan. Tapi dalam keadaan ekonomi sebegini, kita kena cari alternatif sebelum sesuatu diberi. Cari pendapatan sampingan. Macam saya , sebelum ni saya buat dua kerja. Siang saya cikgu taska malam saya buat kerja sebagai penulis transkripsi.
8) Apa pendapat Jaiemah tentang ekonomi negara kita?
J : Pada pendapat saya, ekonomi negara pada tahap sederhana.
9) Kenapa awak cakap camtu dan sumber dari mana?
J: Sebab kita masih ada wujud pengkelasan taraf sosial dan ekonomi rakyat kita lagi. Pendapatan B40 dengan M20 jauh beza. Namun ,saya percaya dengan ada pembentangan bajet 2020 dan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) yang diperkenalkan , saya yakin dan pasti kerajaan komited untuk memulihkan ekonomi dan ekonomi kita akan lebih selepas ini.
10) Saya nak tanya kenapa ustaz-ustazah takut nak tegur maksiat?
J : Maaf puan. Saya tak berapa pasti tentang situasi itu. Sebab lain tempat, orang dan situasi mungkin lain cara pendekatannya. Cuma yang saya tahu dalam masyarakat kita, ada satu stigma slogan "jangan jaga tepi kain orang". Kadang bukan kita tak nak tegur.
11) Apa pendapat tentang gejala sosial?
J: Seperti kita maklum baru ni tular kes budak pandai merogol kawan . Bagi saya gejala sosial tidak terhad pada aktiviti sumbang dan salah laku, ketercemaran integriti juga masalah sosial bagi saya tidak kira bagi individu bergelar pelajar atau pegawai.
Ada gejala sosial berpunca dari kawan , masalah keluarga ataupun saja nak tunjuk hebat.
12) Apa yang maksud dengan tunjuk hebat?
J : Ada bila saya tanya kawan-kawan kenapa merokok, buat macam ni, kebanyakkan kata itu tanda protest nak tunjuk hebat. Nak berjaya diri atas pentas ambik anugerah , tidak semua terpilih atau diraikan semua.
13) Seriuslah macam tu, Jaiemah?
J: Betul, Datuk. Masa saya sekolah bila cikgu pass saya budak-budak ponteng sekolah atau bermasalah ni, bila saya tanya kebanyakkan jawapan sama. Sama ada masalah keluarga tak pun saja nak tunjuk hebat dengan cara langgar peraturan.
Tapi apapun, bagi saya semua pihak kena ambik peranan bukan menyalahkan mana -mana pihak atau ibu bapa apatah lagi pelajar itu sendiri. Bagi saya, biarlah kita memberi jalan pada orang dengan mengubah diri kita menjadi baik.
Seperti kata Buya Hamka kalau nak kata hidup ,kera hidup di hutan. Kalau nak berbicara tentang bekerja, kerbau pun kerja di hutan. Bagi saya ,yang penting bukan apa yang boleh kita ubah orang tapi apa yang kita boleh ubah diri kita dan sumbangkan pada orang.
Dalam usaha itu, saya sebagai cikgu taska sentiasa akan refleksi diri saya dulu, kemudian terapkan nilai moral dan sivik setiap kali mengajar, kenapa kena buat camni, kenapa kena jadi baik.
14) Ada terlibat dengan persatuan?
J : Ada. Bermula dari bawah saya mula ikut senior jadi anak buah Exco Kebajikan dan Kesenian Persatuan Mahasiswa Syariah, Ahli dan Sekretariat PRS, Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar, AJK HELWANIS, Timbalan Exco Akademik, Setiausaha 1 untuk seminar and last baru NYDP Persatuan. Saya pun tak tahu nape orang lantik pilih saya
15) Awak buat apa kat u, sukan yang awak masuk?
J : Saya masuk bola baling dan saya terpilih jadi penjaga gol untuk fakulti saya. FKI. Asal saya main suka-suka je untuk kelas tapi dipanggil dalam meeting mewakili FKi untuk pertandingan SAF. Alhamdulillah dapat no 2&3 masa sukan. Saya masuk memanah dan kalau ada pertandingan larian ,saya masuk je untuk isi masa. Tapi tak menang larian tempat atas
Pastikan dokumen lengkap, buat resume baru khas untuk jawatan yang kita mohon, tersusun kemas. Study visi misi organisasi.
Elakkan budaya mecak-mecak . Budaya tak puas hati dengan orang, merungut, condemn mengata orang tu kalau boleh buangkan. Banyakkan membantu diri dan angkat darjat orang lain
Kawan saya cakap nak jadi PTD, kena banyakkan bercakap dan tahu isu semasa. Kena fikir ke depan. Jadi orang dewasa dan matang. Masa PAC, dia tak jadi ketua pun,penolong,su pun tak. Dia bagi je orang lain jadi moderator atau ketua. But at same time, rileks dan enjoy your life...steady je. Saya ikut dia ni. Tapi dia cakap make sure bila bercakap ada point, matang dan bukan gaya budak sekolah menengah.
Banyakkan berlatih bercakap dan minta sesiapa komen jadi juri. Jadi diri sendiri. Cakap dengan hati lagi baik dari skrip dihafal atau ditulis.
Cuma saya share ni untuk membantu kawan -kawan yang bertanya. Dulu apa saya tanya, orang jawab. Lagi panjang dari apa saya tulis ni. Dia tak kenal saya, dia share. Bila saya cakap banyak awak bagi ni, dia just balas :"Hari ni saya tolong awak. Hari lain awak boleh tolong orang lain pulak".
Apapun,doakan saya dan semoga semua dipermudahkan semua
Last, tawakal secara total.
Doa saya lepas iv : " Ya Allah, aku tak tahu apa yang aku buat dan aku lalui dalam bilik tadi. KAU je yang boleh bagi aku lulus, pemilik segala rezeki, kau yang boleh keluarkan aku dari semua ni. Tapi andai kata aku gagal , aku redha dan aturkanlah aku rezeki yang lain".
perKongsian Zurini Yaacob
Comments
Post a Comment