Persediaan Temuduga atas Talian
Semestinya ada antara kita yang mendapat temuduga atas talian pada masa PKP ni sekarang, dan semestinya anda sekarang berada dalam keadaan tidak tenang akan persediaan anda untuk temuduga yang akan berlangsung tersebut. Disini saya kongsikan persediaan yang diperlukan untuk menghadapi temuduga atas talian ini atau dalam bahasa londonnya interview online.
1. Kumpulkan contoh Soalan untuk temuduga
Sesungguhnya dengan persediaan yang cukup dapat mengurangkan rasa gementar anda pada hari peperiksaan. Walaupun, anda masih gementar pada hari temuduga dan kemungkinan untuk kita lupa segala yang telah kita sediakan sebelum temuduga itu agak tinggi namum persediaan yang cukup tidak lah akan membuat anda rasa tidak bersedia. Persediaan yang cukup ini akan membuat anda bertambah sedikit yakin pada hari temuduga. Boleh jadi juga pada temuduga kita diselamatkan oleh persediaan kita ini. Tidak semua temuduga sama, dan tidak semua soalan sama semasa temuduga. Tetapi Sapa akan sangka, kebetulan soalan sama yang akan ditanya, walaupun kita boleh lupa disebabkan gementar, persediaan yang cukup ini juga akan menjentik anda pada masa dan saat itu untuk tiba-tiba teringat. Sebab kita telah bersedia, kita telah berusaha, maka kita letakkan lah kepercayaan pada yang Satu. Maka, bersedia lah walaupun tiada jaminan soalan yang sama akan diusulkan, yang persediaan kita yang cukup ini akan menambahkan keyakinan kita untuk menghadapi temuduga dengan lebih tenang.
2. Pastikan Bila Tarikh dan Masa Temuduga
Sudah menjadi kewajiban kita untuk tahu bila kita temuduga supaya kita tidak terlupa dan menjadi kewajiban untuk kita ingat atau membuat peringatan seperti buat alarm sehari sebelum atau 2 jam sebelum masa tersebut untuk mengelakkan pencanggahan dengan aktiviti lain ataupun untuk mengelakkan masalah lupa kita sebagai manusia. Ia juga memudahkan kita untuk merancang jadual pada hari tersebut terutamanya pada suri rumah yang sangat sibuk ataupun pekerja yang memerlukan untuk merancang pengecualian atau cuti pada hari temuduga. Jangan ditunggu masa yang dekat baru hendak terngadah.
3. Kenalpasti Keperluan pada Hari temuduga
Keperluan disini adalah berkaitan dengan perantaraan atau peranti yang akan digunakan pada hari temuduga. Penting untuk tetapkan anda hendak menggunakan telefon, laptop mahupun komputer. Kena pastikan sekiranya, anda tidak mempunyai kemudahan ini, dimanakah dan siapakah tempat kita memohon bantuan. Rata-rata orang sekarang mempunyai telefon bimbit, namun untuk meminjam telefon bimbit orang lain mungkan akan menjadi isu, jadi sebaiknya tidak meminjam pada orang yang tidak pasti untuk mengelakkan kejadian "tidak jadi" pada masa temu duga. Sebaiknya usahakan lah untuk pergi pusat internet terdekat. Sekiranya anda mempunyai kemudahan tersebut, amat penting untuk memastikan peranti tersebut berfungsi dengan baik, contoh, camera yang jelas, pembesar suara tidak rosak, data internet yang stabil dan sebagainya. Anda boleh melakukan mock video call untuk memastikan peranti tersebut berfungsi. selain itu, amat penting untuk tahu temuduga akan dibuat melalui apa, zoom, google meet, hangout atau lain-lain perisian yang berkait.Juga penting untuk kita tau akan kemampuan peranti kita, sekiranya kemudahan tidak menyokong perisian ZOOM sebagai contohnya, penting untuk kita mengubah rancangan kita untuk mendapatkan perantian yang baik untuk mengelakkan gangguan pada hari temuduga. Sebaiknya, janganlah gelojoh membeli telefon bimbit baru, sebaiknya minta tolong kawan dengan meminjam laptop, komputer mereka ataupun pergi ke pusat internet terdeka. Pusat internet adalah kemudahan yang telah disediakan kepada rakyat untuk mengurangkan jurang teknologi dalam kalangan rakyat.
4. Pemakaian dan Penampilan pada Hari Temuduga
Walaupun temuduga ini secara maya namun sangat penting untuk kita menjaga perspektif panel temuduga terhadap kita. Pastikan untuk berpakaian kemas dan formal pada hari temuduga. Sebelum temuduga, sediakan lah pakaian yang digunakan untuk mengelakkan kejadian saat terakhir seperti tiada tie, tiada tudung hitam, tiada pakaian formal, baju tak kering dan sebagainya. Seeloknya pakailah formal dari atas ke bawah, kita tidak tahu masa temuduga, boleh jadi panel temuduga menyuruh kita untuk bangun dan menunjukkan pemakaian anda. Jadi, jangan lah ambil perkara ini sambil lewa dengan memakai separuh formal atas dan bawah hanya pakai kain. Perkara ini sering terjadi pada orang yang bekerja di rumah sejak PKP ini. Selain itu, amat penting untuk menjaga kekemasan, pakaian dah lawa takkan rambut serabai kan. yang lelaki pastikan anda pakai minyak rambut, manakala yang perempuan pastikan anda menempek sedikit lipstik untuk tidak terlihat suram.
5. Persekitaran yang Sesuai
Peranti kita dah ada, plan dah ada, belajar pun dah, pakaian pun dah ada, tapi jangan lupa akan satu perkara. Cahaya adalah faktor yang sangat penting pada hari temuduga. Sebab itu penting untuk membuat mock video call dengan kawan-kawan untuk mengetahui lokasi yang memberi pengcahayaan yang bagus. Pengcahayaan ini supaya anda boleh nampak dengan jelas, supaya anda tidak akan nampak suram dan seram. Cahaya itu juga akan memberi anda aura positif dan meyakinkan. Selain dari cahaya, penting untuk berada persekitan yang tidak terlampau bising, sekiranya ada orang rumah, penting untuk memaklumkan pada orang rumah untuk tidak berkeliaran kita pada masa kita temuduga. Latar belakang kita juga sangat penting, pastikan latar belakang kita kemas dan teratur. Perkara ini penting untuk mengelakkan panel temuduga terganggu. Ditengah-tengah temuduga, pasti tidak lah manis sekiranya adik-beradik kita bergaduh di belakang kita. Jadi, tetapkan lah tempat yang sesuai untuk temuduga.
Itulah persediaan-persediaan paling basic yang perlu anda lakukan untuk memastikan temuduga anda berjalan dengan jalan. Kita telah bersiap dan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih bagus, selebihnya kita serahkan padaNya. Sekiranya, itu rezeki kita, maka dia tidak akan lari dari kita, malah kita akan diarahkan ke jalan itu. Oleh itu, penting untuk kita bersedia. Bak kata pepatah, Sediakan payung sebelum hujan.
Comments
Post a Comment