Kali ini saya kongsikan perkongsian saudari Cik Nur Amalina di laman sosial facebook, dia berjaya mendapatkan tawaran tetap untuk jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran gred U29. Perkongsiannya telah dikongsikan sebanyak 24 ribu. Perkongsiannya adalah menegenai penyediaan fail untuk temuduga. Atas persediaannya yang agak rapi dan kemas itu telah menarik minat orang ramai untuk bersediakan dengan lebih baik untuk temuduga.
1. Pakai fail jenis ring yang keras dan warna hitam supaya nampak formal. Contoh fail depan dan pastikan pakai gambar formal(Selfie dilarang sama sekali).
2. Kalau ada gambar , letak gambar dlm fail, gambar aktiviti yg berkaitan dengan jawatan atau gambar wakil sekolah . Letak gambar apa-apa aktiviti yg boleh meyakinkan panel bahawa kita seorang yang aktif.
3. Buat Senarai Kandungan Fail. Kandungan bergantung kepada dokumen masing-masing.
4. Printkan emel temuduga.
5. Buat Resume 1 Muka Surat dan print berwarna supaya lebih menarik.
6. Pada hari temuduga, lekatkan ic/kad pengenalan original menggunakan salotep lutsinar.
7. Sekali lagi tampalkan gambar passport formal. Pastikan gambar formal pakai baju formal.
8. Sijil Lahir Original ye kawan-kawan, bukan salinan. Kalau takde juga, pergi JPN buat baru.
9. Sijil PMR, kalau tak ada atau hilang boleh mohon di
e-lembaga Peperiksaan.
10. Ujian Lisan PMR. Sekiranya tidak ada, boleh abaikan sebab setiap sekolah lain-lain.

11. Diikuti dengan Sijil SPM. Sekiranya hilang atau tidak ada, boleh dapatkan di
e-Lembaga Peperiksaan.
12. Juga boleh abaikan sekiranya tiada, namun memasing juga boleh bertanyakan pada sekolah memasing.
13. Diikuti sijil berhenti sekolah, tak ada? tanya semula pada pihak sekolah.
14. Letak sijil Diploma dan diikuti Transkrip. Boleh letak STPM atau Sijil Matrikulasi untuk bukan Diploma. Untuk yang ada Degree/Ijazah, tambahkan maklumat Ijazah juga. gred 29 boleh dimohon oleh degree so jangan risau.
15. MQA untuk Diploma/Ijazah, Boleh cari
sini dan printkan. Diploma, sijil dan ijazah tidak ada pengiktirafan MQA akan mendapat masalah seperti tidak akan mendapat kerja tetap, ataupun tidak ditawarkan pekerjaan.
16. Sijil Pencapaian dan Anugerah.
17. Letakkan Semua Sijil Penglibatan.
18. Surat Akuan bekerja untuk yang bekerja. Boleh minta majikan masing-masing. Sekiranya tidak ada boleh abaikan.
19. Seterusnya penuhkan fail dengan sijil penglibatan semasa kerja, dan sekolah menengah.
20. Lastly, untuk buat label di fail boleh lekatkan di belakang helaian dan lekatkan menggunakan salotep jernih.letak cantik dan kemas.
Menurut perkongsiannya saudari tersebut, kita juga perlu membuat salinan fotostat untuk setiap dokumen original tersebut dan letakkan dalam fail asing.contohnya sampul surat a4.
Menurutnya juga, sebolehnya sahkan setiap salinan tersebut dan mengatakan salinan tidak akan diterima oleh pihak temuduga sekiranya tidak disahkan. Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai gred 41 dan ke atas dan sebolehnya bukan ahli keluarga sendiri. Namun ada sesetengah pihak pula mengatakan tidak perlu membuat pengesahan. Untuk mudahkan kerja, lagi bagus sediakan salinan yang sudah disahkan.
Harap perkongsian ini bermanfaat untuk yang memerlukan.
Comments
Post a Comment