LAMA Tak Tulis Blog tapi saje nak mengenang Pengalaman pdpp perdana 2026


 Serius lama tak tulis blog, last pun tahun 2022. 

Orang sekarang dah tak tulis blog tapi it still the best place to rant. 

Macam diari pula, but bukan ade orang baca juga kan. much better than u post it on social media and get judge. Hey mister judgy, u got a good life and turning down other life. ? 

So, macam aku share di tajuk di atas, YA, aku apply PDPP PERDANA 2026, 

Aku dah sedar PDPP Perdana ni since 2024, tapi 2024 aku beranak bulan February, iklan cakap dia akan open bulan tiga. Dah tu tiba tiba pula kena tunda tarikh until aku tak tau bila dia buka semula, tapi tahun tu memang ada dia buka. selain PDPP PERDANA, aku apply cos Sarawak juga masatu, tapi tak lepas ukcg pun. hehe

2025, aku apply PDPP Perdana, aku pilih math, aku teringin nak jadi cikgu math sekolah rendah. Unfortunately, ukcg skali lagi tak lepas. hehe.

Terus aku rasa aku ni tak sesuai kot nak jadi cikgu. 

Takde ciri ciri cikgu.

2025 ni, cos open juga, tapi aku tak apply sebab course tak related la dengan saya. 


Masuk 2026, plan nak ambik DPLI Oum, bulan 1 tak jadi register sebab short income due to beli sofa baru. 2024 aku ade rezeki dapat rumah rmr spnb, so banyak spend duit untuk barang rumah. So aku delay la register OUM 2026 tu, ingat nak try mei pla. 

Sekali ada iklan pasal COS 20k, yang tengah belajar tak layak apply katanya. 

So, aku cancel daftar dpli OUM. 

Apply COS 20k tu. 

In the same time, tak jangka pun PDPP Perdana 2026 akan buka pada masa yang sama. 

COS buka 1st March tu, PDPP Perdana buka permohonan 9 March. 

So aku apply PDPP perdana juga. Aku memang minat nak jadi cikgu math, tapi sebab teringat PDPP Perdana tahun 2025 tak dapat, terus tukar pergi RBT. RBT pun sebab teringat ade orang post kat Thread yang subjek tu ada programming. SO, sebab aku ni belajar sains komputer, aku just apply RBT. 

Nak dijadikan cerita, ukcg 30 March tu. Apply cos and perdana serentak, tapi ukcg sekali je. so jawab ukcg cam biasa je.. takde belajar apa apa,,, sebab ukcg, just letak diri u as cikgu.

22 April 2026, result ukcg keluar. patutnya jam 2, tapi seperti biasa, website jam due to high traffic is normal. by 5pm baru dapat check. berdebo juga ye. 

Check2 dapat dua. Syukur, Puji kepada Tuhan. 

Aku tak jangka aku akan lepas UKCG. 

Sebab selalu je aku nampak sharing orang yang berjaya permohonan kerja, masing masing share minta mak doakan. so aku try la minta mak aku doakan. sekali lulus UKCG. Thank u, mak. 

Cam aku cakap tadikan, aku dapat dua dua.. sebenarnya hanya ditawarkan salah satu je. aku sebenarnya dah letak cos sebagai keutamaan. tapi aku ditawarakan pdpp perdana. update terbaru pada 23 April 2026. Aku dapat RBT. Awal awal aku berat sebab aku ade komitmen bulanan yang agak tinggi. 

Tapi aku pergi je interview dan trima sahaja pdpp perdana. baru interview kan. 

Btw interview aku on the first day. 27/4/2026, sesi petang, bilik 1, calon no 1 lagi.. iskk.. 

iv di ipgktar samarahan. 

Mengelabah weh, sepanjang hidup aku, aku tak pernah interview kumpulan dan tak pernah interview bahasa melayu. aku ok je bahasa melayu. cuma interview dah biasa pakai english bila nak melayu kan tu agak keras lidah. 

Best nya kali ni takde ukf tau. pdpp perdana sebelum ni kena ukf. tahun ni tak ade. sebab cos 20k dan pdpp perdana, dua dua ipg take over. dorang busy. pismp lg. so interview berjalan dari 27 april sehingga 22 Mei. tapi minggu kedua tu, iv untuk budak pismp saja. so basically 3 minggu je iv untuk cos and pdpp perdana. campur2 ye iv dua ni.. 


IPG punya format interview pada tahun 2026 ada 5 bahagian je

1. Pengenalan diri - 2minit

2. Penyata Hasrat, ni ditulis sebelum interview start dalam bilik temuduga. 

3. discussion - panel beri topik so discuss, semua kena bercakap-faham kan soalan dan give ur opinion

4. Mock teaching - 4minit each person - kena ada bbm/abm

5. Penutup


One thing lagi about permohonan 2026 ni, bmi kena 32.5 ke bawah sebab nak sahut cabaran/saranan motto/misi kerajaan pada tahun ni. 


Harini sabtu 16 Mei 2026, minggu depan dah last week interview. Yang best nya permohonan kali ni kan, dorang ada timeline result. So, by 30 june 2026, result akan keluar. debar. tapi serius cakap dah ada perasaan aku tak akan dapat sebab aku debar sangat, even time introduction pun kena potong. pastu time mock teaching, aku tak sampai 2 minit pun. sebab orang cakap ambik topik kecik je so aku prepare pengenalan teknologi. senang je kot. hehe. jd tak sampai 2 minit. Sesi interview dengan IPG seriously sangat simple. and menakutkan in the same time sbb ko akan tend to think yang not doing good in the interview.

Semoga aku lepas pdpp perdana. sekarang pun aku masih usaha turunkan berat badan. aku aritu iv cun2 32.5 bmi. aku ade gangguan hormon, berat naik since nov 2025 till jan 2026, total 9kg naik. so time result ukcg keluar, aku diet extreme, dalam 5 hari aku hilang 5kg. drastic kan.. tp demi nak jd cikgu and nak capai bmi 32.5. so by 30 june, aku harap aku dapat hilangkan lagi 6kg. spy masuk overweight je. aku ni emak2, so struggle sikit. sekarang pun turun naik je berat sama.. mungkin kena go extreme lg and maintain, itu je la permainannya. tp tengok je la nanti.. haha.. rugi la tak makan.. hahahaha





Comments

Popular posts from this blog

Susunan Fail Temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

Persediaan Temuduga atas Talian

TIPS LULUS INTERVIEW?