Tips Interview Online
Pada zaman pandemik covid-19 kini, mesti ramai yang masih mencari kerja yang lebih stabil dan lebih menjamin pendapatan. Perkara ini terjadi atas faktor gelombang covid-19 yang menganggu ekonomi di Malaysia, bahkan ia juga turut menganggu ekonomi di seluruh dunia. Banyak di antara kita telah kehilangan kerja dan ramai juga dimana pendapatan serta perniagaan terganggu akibat dari pandemik yang telah melanda dunia sejak Disember 2019 sehingga kini pada tahun 2021.
Kemungkinan untuk wabak ini untuk reda seperti tiada, jadi perkara ini telah memberi kesukaran kepada banyak pihak. Permintaan kerja yang lebih stabil seperti perkerjaan bawah kerajaan menjadi permintaan tinggi dalam kalangan rakyat kerana faedah yang disedikan kepada pekerja, dan juga pendapatan pekerja awam juga turut tidak terganggu dalam keadaan ekonomi sekarang. Jadi ramai yang telah mengorak langkah untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pekerja awan dan sudah tentu ramai yang sedang menunggu masa untuk mendapat panggilan temuduga. Disebabkan pandemik yang melanda ini, semua pertemuan secara fizikal menjadi agak terbatas, dan temuduga atas talian menjadi pilihan untuk terus melancarkan pergerakan organisasi. Seterusnya perkongsian saudara Muhammad Ashraf Che Ani di laman social facebook akan kejayaannya mendapatkan perkerjaan sebagai Penolong Pendaftar.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada awal tahun 2021 saya telah diterima bekerja dalam sektor awam setelah berjaya melepasi 1 ujian bertulis (secara online) dan 2 sesi temuduga (secara online).
PKP 3.0 menyebabkan semua sesi Temuduga SPA/Badan Berkanun/Swasta mungkin terpaksa kembali dijalankan secara online. Oleh itu, disini saya ingin berkongsi 10 perkara penting yang perlu kita tahu sebelum menghadiri temuduga (secara online).
1.) MENGGUNAKAN TELEFON YANG BERKUALITI
- Telefon antara alat yang penting dalam sesi temuduga online. Jika kita menggunakan telefon baru risiko untuk telefon “Hang” adalah lebih rendah berbanding telefon lama. Jadi, pastikan phone anda berada dalam keadaan yang baik.
2.) MENGGUNAKAN KAMERA TELEFON YANG HIGH DEFINITION (HD)
- Saya pastikan kamera telefon saya berada dalam yang sangat baik supaya panel dapat melihat saya dengan jelas. Anda bayangkan jika anda menggunakan kamera yang berkualiti rendah, kemungkinan besar untuk panel temuduga tidak dapat melihat anda dengan jelas adalah tinggi.
3.) Data internet yang laju
- Pengunaan data internet/wifi yang laju sangat penting semasa sesi temuduga (online) supaya sesi temuduga dapat berjalan dengan lancar. Gangguan internet semasa temuduga akan menganggu perjalanan sesi temuduga.
4.) LOKASI YANG SESUAI
- Lokasi sangat penting semasa sesi temuduga. Kita kena cari lokasi yang tidak bising, kawasan yang terang dan lapang. Cuba anda bayangkan semasa anda sedang di temuduga tiba-tiba ada bunyi hon kereta atau bunyi jiran bergaduh, confirm akan menggangu konsentrasi anda, betul tak?
5.) MENGGUNAKAN MINI MICROPHONE & WIRELESS EARPHONE
- Penggunaan microphone ini penting supaya panel temuduga dapat mendengar suara kita dengan jelas. Tumpuan dan minat panel temuduga akan terganggu sekiranya suara kita tidak jelas dan membuat mereka hilang minat untuk bertanya lanjut. Pengunaan wireless earphone menjadi pilihan atas faktor untuk memudahkan kita membetulkan posisi badan kita dan supaya jarak kita dengan telefon kita tidak akan menganggu suara dan supaya kita boleh duduk dalam posisi selesa untuk temuduga.
6.) POSISI BADAN YANG SESUAI DAN MENARIK
- Saya letakkan kamera telefon agak jauh sedikit agar panel temuduga dapat melihat saya dengan jelas sekurang -kurangnya dari paras perut hingga kepala. Walaubagaimanapon, saya memilih posisi penuh badan (dari kepala hingga hujung kaki) untuk dilihat dan dinilai oleh penemuduga sekaligus menunjukkan keseriusan dan kesediaan saya untuk ditemuduga. Mini Microphone yang saya beli sangat memudahkan walaupun kedudukan telefon pintar agak jauh.
7.) BERPAKAIAN LENGKAP SEPERTI TEMUDUGA SEBENAR
- Saya berpakaian lengkap dari atas hingga bawah dan memastikan memilih rona warna tidak lebih dari 3 warna termasuk warna baju kemeja,blazer,tali leher,seluar,stokin dan kasut. Bagi calon lelaki,elakkan memakai baju kemeja berwarna gelap dan bercorak. Dan bagi calon perempuan elakkan memakai baju bercorak bunga besar,dan perhiasan yang sarat. simple but nice.
8) HUJAHAN JAWAPAN YANG KEMAS, PADAT & BERKEYAKINAN TINGGI
-Setiap hujahan jawapan perlulah padat dan kemas. Pastikan anda membuat persediaan awal dan menyemak latar belakang majikan anda secara terperinci. Selain itu,anda juga boleh menyediakan sekurang- kurangnya 50 soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga beserta jawapan yang tepat dan padat. Lakukan latihan bersama orang yang terdekat atau dihadapan cermin berulang kali. Persediaan awal ini akan meningkatkan lagi keyakinan anda semasa ditemuduga. Practice make perfect!
9) RESUME YANG MENARIK
Resume yang
hebat
akan menarik perhatian panel temuduga. Maklumat dalam resume pastikan lengkap tapi ringkas. Design terpulang ikut citarasa masing-masing cuma pastikan ia simple dan tidak serabut bila dibaca oleh panel temuduga.10) DOA DARI IBU BAPA & TAWAKAL
Saya bukan siapa-siapa kalau bukan kerana berkat doa dari ibubapa saya. Memandangkan saya tinggal berjauhan dari mak dan abah,hampir setiap hari saya menelefon mereka untuk berdoa dan solat hajat kepada Allah semoga urusan saya dipermudahkan. Saya sangat beruntung kerana di doakan oleh 2 mak dan 2 abah dikampung ( ibubapa kandung dan mentua). Mereka sangat2 supportive dan sentiasa berada dibelakang saya ketika saya dibawah dan diatas. Saya ada 1 prinsip hidup yang saya pegang hingga saat ini iaitu "Usaha kerja kita, Nak Bagi Rezeki kerja Tuhan. Bila kita dah usaha, kita serahkan bulat-bulat pada Tuhan. Insya Allah, hati kita lebih tenang sama ada diterima atau ditolak untuk bekerja.
P/S : Bangun awal pagi pada hari temuduga,hubungi ibubapa untuk mohon restu dan jangan lupa bersedekah sebelum temuduga bermula. Moga catatan ini bermanfaat untuk rakan-rakan yang akan menjalani temuduga (secara online).
Jadi itulah perkongsian dari saudara kita, semoga sesiapa yang sedang mencari pekerjaan di luar sana turut dimurahkan rezeki seperti saudara kita ini.
Comments
Post a Comment